BiCarA tEntAnG HaTi

Friday, January 21, 2011

 Salam...Hati?hurm ada apa dengan hati ???Bila melihat dan berfikir,hati mula memberikan definisi,minda yang bertanya dan mula berfalsafah lalu turun ke pena untuk berbicara.....



Segala-galanya bermula daripada hati.Hati adalah salah satu organ dalaman yang penting terletak di bahagian atas abdomen manusia.
 




Fungsi-fungsi hati ialah :
  • Menyaring dan membersihkan darah.
  • Menghasilkan enzime hempedu, suatu zat yang membantu pencernaan lemak. 
  • Memproses dan mengikat lemak pada pengangkutnya (protein) termasuk kolesterol. Gabungan lemak dan protein disebut lipoprotein (Chylomicron, VLDL, LDL, HDL), menyimpan gula dan membantu tubuh untuk mengangkut dan mengalirkan energi.
  • Memproses protein-protein penting, seperti kebanyakan yang terlibat pada pembekuan darah.
  • Memetabolisme pelbagai ubat-ubatan seperti barbiturates, sedatives, and amphetamines
  • Menyimpan zat besi, vitamin A dan D serta beberapa dari vitamin B.
  • Memproses protein-protein penting seperti albumin yang mengatur pengakutan cairan di dalam darah dan ginjal. 
  • Membantu menguraikan sel-sel darah merah. 
                                                                      Hati yang sihat :





Jika hati menjadi menjadi bengkak atau dijangkiti kuman, maka kemampuannya untuk melaksanakan fungsi-fungsi ini akan menjadi lemah.Penyakit hati dan pelbagai jangkitan kuman adalah disebabkan oleh suatu keadaan yang di jangkiti virus, serangan bakteria dan perubahan kimia atau fizikal di dalam tubuh.Penyebab yang paling biasa dari kerosakan hati adalah kerana kekurangan gizi (malnutrition) terutamanya terjadi kerana ketagihan rokok dan alcohol.

                                                                    Hati yang rosak :







Gejala-gejala penyakit hati mungkin akut, terjadi tiba-tiba, atau kronik berkembang perlahan melalui suatu jangka masa yang lama. Penyakit hati kronik adalah jauh lebih umum daripada yang akut. Peratus penyakit hati kronik dari lelaki adalah dua kali lebih tinggi dari wanita. Penyakit hati juga dapat menjangkau dari penyakit yang ringan sehingga penyakit berat seperti kanser hati. 








TANDA PENYAKIT HATI

Biasanya, gejala-gejala penyakit hati bergantung kepada jenis penyakit hati yang dihidapi seseorang.
  •  Jaundice atau kekuningan kulit. 
  • Air kencing yang berwarna cokelat seperti teh.
  • Merasa mual dan loya.
  • Hilang selera makan.
  • Kehilangan atau kenaikan berat tubuh yang abnormal.
  • Muntah.
  • Cirit-birit.
  • Warna najis yang pucat.
  • Merasa senak di bahagian atas abdomen (perut) kanan.
  • Lemah tubuh badan.
  • Gatal-gatal.
  • Varises (pembesaran pembuluh vena)
  • Keletihan.
  • Hipoglikemia (kadar gula dalam darah rendah).
  • Demam ringan .
  • Sakit otot dan sendi.
  • Gairah sex berkurangan.
  • Kemurungan.
 Hurmm Itu sahaja sebahagian informasi yang dapat saya kongsikan pada entri kali ini.Saya akan kongsi lebih banyak info-info tentang kesihatan selepas ini k..Jaga la kesihatan diri anda .Amalkan gaya hidup yang sihat .


Hati juga mencerminkan diri anda.Segala-galanya bermula di sini........





 P/S : JANGAN JADI BUSUK HATI YER...hehe


2 comments:

chentamimi said...

mgajar anatomy ke?

epiqisue said...

hurm lbh kurang la hehe

Post a Comment